"Kalau begitu, saya cadangkan setiap kali selepas solat, sedekahkan alFatihah untuk ibumu. Mudah-mudahan Allah akan permudahkan setiap urusanmu di sini sementara ibumu di sana akan redha menerima keputusanmu"
"Emm..ada sesuatu yang saya harus beritahu kepadamu...saya kini tidak lagi menunaikan solat. Saya memilih untuk tidak melakukannya..."
"Ooh...begitukah?...err..kenapa ya?"
"Solat menyebabkan saya murung, fikiran berserabut, saya seperti kehilangan diri saya yang dulunya ceria dan gembira sentiasa.."
" ....................................."
"...................."
"Maaf ya...saya tidak tahu apa yang harus saya perkatakan kepadamu. Saya harus mencari dahulu jawapan yang adil untuk situasimu ini. Saya benar-benar tidak tahu..., maaf ya, nanti kita akan sambung kembali perbicaraan ini."
"Tidak mengapa...terima kasih kerana tidak memarahi saya.."
Di dalam hatiku, "Apa perlunya aku memarahimu? Aku tahu dirimu sedang berperang dengan syaitan yang berusaha keras menutup jalanmu menuju cahaya kebenaran. Aku tahu peperangan itu begitu sengit, begitu ganas sekali syaitan menahan langkah-langkahmu...Aku bukan marah kepadamu. Aku amat-amat bersimpati padamu..Aku sendiri perlu mencari kekuatan untuk membantumu dalam peperangan ini"
Ya Allah Ya Rahman..
Bagaimana harus ku mulakan langkahku untuk mendidik anak ini?
Islam itu terlalu asing baginya. Dilahirkan muslim tetapi tidak langsung mengenali keindahannya.
Jiwanya memberontak mahu kembali ke jalan gelap yang telah dilaluinya selama ini dengan 'gembira'.
Ya Allah,
Permudahkan bagiku di dalam urusanku untuk membantunya
Ya Fattah..Ya Hadi.. Ya Nuur...
Bantulah kami..
No comments:
Post a Comment