Wednesday, March 18, 2009

Iqra'!


"Saya tak minat membaca..cepat bosan"
"Saya suka membaca, tapi tak ada masa..."
"Bukan tak nak membaca, saya sangat sibuk...awak tu lain lah..."

Itulah antara alasan yang biasa diberikan tentang isu membaca. Terpulanglah kepada kita sendiri untuk menilai sejauh mana benarnya alasan itu.
Saya kenal beberapa orang yang menjalani kehidupan yang sangat sibuk, namun aktiviti membaca tidak pernah ditinggalkan.

Baru-baru ini saya mendengar kisah seorang pemimpin terkenal di negara kita yang juga seorang ulama', kisah itu diceritakan oleh anaknya sendiri.
Katanya," Kalau saya membaca satu buku, pada masa yang sama, ayah saya sudah membaca tiga buku! Beliau membaca buku-buku ulama' yang telah meninggal dunia, yang masih hidup, yang seangkatan dengannya, dan juga dari internet!.. Saya yang 'print', dia yang membaca...dia membaca dengan cara mentelaah..bukannya sambil lewa..."
Berapakah umur ayahnya itu? 78 tahun!

Saya juga suka membaca, tetapi apabila dibandingkan kadar kesibukan hidup saya dibandingkan ulama' tersebut, sepatutnya bagi setiap satu buku yang dibacanya saya harus membaca 30 atau 40 buku!
Subhaanallah...sebenarnya ulama' tersebut telah benar-benar menghayati perintah pertama yang diturunkan untuk manusia.

"Iqra...Bacalah dengan nama tuhanmu..."

Marilah melihat ke dalam diri sendiri, sejauh mana kita telah mengamalkan perintahNya.

Marilah membaca, tanamkan azam untuk terus membaca dan membaca.

Bacalah semasa kita masih punya kemampuan untuk membaca.
Bukankah kebolehan membaca adalah satu nikmat?

Marilah kita pergunakan sepenuhnya nikmat itu, jangan dipersiakan.

Berdoalah supaya diberi kekuatan untuk membaca.

Dan tentulah bahan bacaan yang paling perlu diutamakan ialah yang diturunkan oleh yang memerintahkan Iqra'.
Bacalah Al-Qur'an.

Doakan Saya


"Kenapa awak tidak bekerja hari ini?"

"Saya sakit..tubuh saya rasa tidak bermaya..."

"Ya...kita selalu bercuti bila kita sakit... kita berehat tinggalkan kerja..."

"Memanglah..kita perlu rehat.."

"Tapi awak tahu tak, bahawa samada kita berehat atau bekerja..sakit atau sihat...setiap langkah kita tetap dikira oleh malaikat?"

"Ya..saya tahu.."

"Dan setiap saat, hidup kita semakin pendek..umur kita semakin berkurang...dan apabila kita sakit, ia sepatutnya semakin mengingatkan kita kepada mati?"

"Ya...terima kasih kerana mengingatkan saya...memang beginilah keadaan saya.. setiap kali saya sakit dan merasa begitu lemah, saya sedar...umur saya semakin pendek..tetapi nanti bila saya sihat saya sering lupa dan lalai..."

"Sebab itu awak harus bersyukur Allah kurniakan sakit ini...itu tandanya Dia sedang memanggil supaya awak datang dekat kepadaNya..."

"Ya..semuga Allah mengampunkan dosa saya...dan jika suatu hari nanti awak mendengar kabar saya telah pergi menemuiNya...doakanlah saya...doakan semuga Allah mengampunkan dosa-dosa saya..."

"InsyaAllah..saya juga mengharapkan yang sama dari awak..."

Thursday, March 12, 2009

Kekosongan Jiwanya Kini Terisi


Kerapkali apabila saya merasakan kekosongan di dalam hati, saya akan cuba mencari inspirasi melalui membaca. Antara yang menjadi bahan bacaan kegemaran saya ialah kisah-kisah benar tentang bagaimana sesaorang mendapat hidayah dan akhirnya bersyahadah. Kisah-kisah sebegini sangat menyentuh hati dan seringkali menyebabkan airmata saya menitis dan mendatangkan semangat baru.

Petang tadi saya membaca kisah seorang wanita berkulit putih yang asalnya beragama kristian. Banyak perkara yang tidak difahaminya tentang agamanya sendiri.
Berkahwin dengan seorang yang tidak mempercayai tuhan, akhirnya perkahwinannya runtuh setelah berlaku perbalahan dalam isu agama untuk si anak yang masih kecil.
Keluarga terdekatnya sendiri porak peranda dengan pelbagai masalah sosial.
Jiwanya yang menderita bertahun-tahun sentiasa memohon kepada tuhan supaya ditunjukkan jalan yang benar.

Hinggakan pada suatu masa, ketika dia benar-benar dalam kebuntuan, tiba-tiba dia merasakan suatu dorongan untuk 'bersembahyang'.
Dia kemudian membersihkan seluruh badannya seolah-olah hendak bersuci dan kemudian terdorong dengan kuat untuk menutup seluruh anggota tubuhnya termasuk kepalanya.
Kemudian dia mengambil kain yang bersih sebagai alas dan mula berdiri menghadap kesuatu arah. Dia merasakan tidak selesa untuk berlutut seperti yang biasa dilakukan di gereja, lalu dia meletakkan lutut beserta wajahnya ke lantai. Dia bersujud!
Dan ketika dalam sujud itulah tangisannya menderu-deru sambil dia berdoa, memohon, merayu kepada Yang Maha Esa.

Dan apabila akhirnya dia mula menemui Islam, pada kali pertama dia pergi ke sebuah masjid untuk belajar tentang Islam dia diizinkan oleh imam untuk menyaksikan buat pertama kali bagaimana orang melakukan solat.
Berdiri, ruku' dan kemudian bersujud!
Bayangkan perasaannya ketika itu! Tubuhnya bergetar, airmatanya menitis sekali lagi, bahkan dia merasakan telah tiba di hujung jalan pulang.

Kemudian sekali lagi dia terkejut apabila mendapati bahawa sujudnya yang pertama di rumahnya dahulu sebenarnya dia telah menghadap ke arah kiblat!
Subhaanallah...Allah Yang Maha Memberi Petunjuk.

Kisah-kisah begini sering saya temui, yang mana manusia secara fitrahnya sentiasa mencari dan terus mencari. Juga betapa ruku' dan sujud merupakan satu pergerakan 'semulajadi' yang begitu mendamaikan hati dan jiwa manusia.
Kedamaian yang akan mengisi kekosongan jiwa.
Kedamaian anugerahNya Yang Maha Damai.

Baca kisahnya di sini.

Wednesday, March 4, 2009

Jalan Singkat



(Tulisan ini ditulis bersempena tamatnya semester kedua di sebuah institusi pengajian awam di bumi Malaysia ini)


Banyak kemalangan jiwa berlaku akibat dari manusia mengambil jalan singkat. Menyeberangi landasan keretapi dan lebuhraya menjadi pilihan kebanyakan orang meskipun telah disediakan laluan khas yang selamat untuk mereka melintas. Benar, tidak semua orang menjadi korban ketika melintasi laluan berbahaya itu.
Bagi mereka yang melakukan perkara yang berbahaya ini, mereka mengambil risiko di atas nyawa mereka sendiri. Seringkali mereka memberi alasan jalan yang selamat itu terlalu jauh dan menyusahkan.

Manusia juga sering mengambil jalan singkat dalam kehidupan seharian dengan niat untuk mencapai sesuatu hajat yang diingini. Adakalanya ianya melibatkan perkara yang tidak dizinkan oleh Pencipta kita. Manusia tidak menyedari meskipun tubuh badannya sihat dan tegap, perlakuan dosa dan maksiat yang dilakukan sedang membunuh jiwanya secara perlahan.

Seorang peniaga mungkin secara tidak jujur memasukkan bahan terlarang ke dalam produk jualannya tanpa memikirkan sebarang kesan buruk terhadap pembeli. Meskipun begitu, sebelum kesan buruk itu mengenai kepada pembeli, tindakan peniaga itu terlebih dahulu telah memberi kesan buruk terhadap jiwanya sendiri.

Seorang pelajar mungkin atas kebimbangan berlaku kegagalan akan sanggup melakukan perkara yang dilarang sebagai 'usaha' untuk mencapai kejayaan.
Bagi seorang pelajar yang sedang menuntut ilmu (suatu tugas yang sangat mulia di sisi Allah), tindakan melakukan perkara terlarang itu sendiri telah memberi suatu kegagalan 'percuma' kepada dirinya.

Pelajar yang sedang menuntut ilmu yang mana tujuannya adalah untuk menjadi manusia yang lebih baik, lebih mulia, telah merosakkan niat murninya. Sebarang kejayaan yang dicapai dalam bentuk keputusan yang cemerlang tidak memberi sebarang makna kepada pembentukan jiwanya sendiri.
Jiwa menjadi semakin kotor akibat dari usaha yang tidak diredhai Allah.

Apabila kejayaan hanya dinilai dari segi CGPA yang tinggi, ianya membawa kebahagiaan yang sementara kerana ia hanya mampu bertahan untuk beberapa tahun selepas tamat pengajian.
Setelah memasuki alam pekerjaan, alam rumahtangga, CGPA tidak langsung menyumbang kepada keupayaan sesaorang untuk mencapai kebahagiaan.
Apatah lagi apabila CGPA itu dicapai melalui usaha yang tidak jujur.

Kejujuran merupakan fitrah manusia. Apabila fitrah itu dilanggar manusia sendiri yang akan menerima akibatnya. Apabila seorang pelajar berlaku tidak jujur dalam usaha memburu kejayaan, apapun pencapaiannya tidak akan mendamaikan jiwanya. Jauh disudut hati ia akan merasakan derita akibat melanggar fitrahnya sendiri. Penderitaan itu akan berterusan meskipun ia sendiri tidak memahami apa yang dideritakannya.

Kepada para pelajar di luar sana, ingatlah... sebagaimana jalan untuk melalui jejantas di atas landasan keretapi itu jauh dan menyusahkan, begitulah juga jalan yang harus dilalui oleh seorang penuntut ilmu.
Ilmu adalah milik Allah, ilmu adalah suci.
Bagaimana mungkin kita mendapatkan sesuatu yang suci melalui jalan yang kotor.
Meskipun kita berjaya mendapatkannya, ianya telah tercemar dan tidak akan membawa kepada kejayaan yang sejati, kebahagiaan yang sejati yang dicari oleh semua umat manusia.
Ianya tidak akan mendatangkan menafaat bahkan akan menghancurkan dirimu sendiri.

Kepada para pelajar di luar sana, sabarlah, tabahkanlah hati.. laluilah jalan yang sukar ini... kerana Allah tidak menilai sejauh mana kita berjaya, Dia hanya menilai sejauh mana kejujuran dan ketulusan hati kita ketika melalui jalan ini.
Kejayaan yang sebenar ialah apabila hatimu merasa damai, jiwamu tenteram dan dadamu terasa lapang kerana ketika melalui jalan mulia yang sukar ini dirimu tidak pernah melanggar fitrahmu sendiri. Semuga di akhir perjalananmu jiwamu merasa puas bahawa setelah bertahun menuntut ilmu, dirimu berjaya menjadi manusia yang lebih baik, manusia yang jujur, manusia yang rendah hatinya, walau berapapun nilai CGPA yang diperolehi.
Dan yang pasti dirimu akan dapat merasakan betapa manisnya sebuah perjalanan untuk menjadi manusia yang mulia, dan tidak ada sesiapa yang mampu menberi anugerah itu kecuali Dia Yang Maha Mulia, Pemilik segala kemuliaan.

Demi jiwa dan penyempurnaannya, Allah mengilhami jiwa kefasikan dan ketaqwaan, Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikannya, Dan sesungguhnya merugilah bagi yang mengotorinya.
( Asy-Syams:7-10)

Tuesday, March 3, 2009

Contemplation

The following is an excerpt from one of my favourite books, written by Professor Malik Badri. He is a Professor of Psychology at the International Institute of Islamic Thought and Civilization, Malaysia.
The first Arabic edition,
Al-Tafakkur min al-Mushahadah ila al-Shuhud was then translated into English entitled, Contemplation, An Islamic Psychospiritual Study.


Islamic contemplation passes through three interconnected stages, leading to the fourth and final stage which i call the stage of 'spiritual cognition' (shuhud).

The first stage is when knowledge of the contemplated object comes through direct sensory perception - via sight, hearing, touch, smell and taste - or indirectly, as in the case of imagination.
Such information can be purely mental and often has no relation to emotional or sentimental aspects.



The second stage of contemplation starts
when a person takes a closer look at these data, inspecting their aesthetic aspects and particular qualities.
It is a shift from mere perception to a state of wonder at the beauty, excellence, vastness of structure, and miraculous appearance of the perceived object.
It is a stage of fine appreciation, delicate feelings and powerful passion.


The third stage is when meditator crosses the boundary between the created object of contemplation and its Creator.
He or she is then carried away by feelings of submission to and appreciation of the One Who brought the appreciated object of contemplation, as well as everything else in this universe, into being because of the meditator's realization that there is nothing in existence save God and what he has originated.

When this refined meditation is repeated and reinforced with continual remembrance of the Almighty, it leads the worshipper to the fourth stage: spiritual cognition.
Here, the spiritual feelings associated with deep contemplation become part of the worshipper's nature, and make him or her more loving toward and fearful of God and His sublime Attributes.
These feelings, continually experienced, are beyond verbal description.

Observing creation is only a primitive stage that can be enjoyed by believers and unbelievers alike. Similarly, the second stage, that of appreciating the beauty of form and structure, can touch the hearts of both believers and unbelievers.
However, the third stage, which relates this aesthetic appreciation of the universe to the Almighty creator, can only be achieved by believers.
As for the believers who reach the fourth stage, they are in such deep veneration and remembrance of God that they can no longer look at God's creation in a detached manner: they see nothing but precision, mercy, beauty and wisdom in the structure of the world, and become ever more awesticken and appreciative of the glory of the Lord.

This vast universe is indeed nothing but a place of worship to which only believers can have access, when their souls are refined, their hearts are submissive, and they are able to listen to and witness truth.









Robbana..maakholaqta haathza baatila...subhaanaka faqina athzaabannaar...

Men who celebrate the praises of God, standing, sitting, and lying down on their sides, and contemplate the (wonders of) creation in the heavens and the earth, (With the thought): "Our Lord! not for naught Hast Thou created (all) this! Glory to Thee! Give us salvation from the penalty of the Fire. (Qur'an 003.191)

One Day in May 2008 - 2



Our journey in Europe includes a few days in UK where we stayed at a friend's house in London and a cousin's house in Luton.
When we decided to stay in a Bed and Breakfast in Lake District, UK, my intention was simply to experience an English hospitality. B and B as they call it, is a popular choice among low budget travelers.

David, our host at the B and B is a friendly and cheerful person. He run the place alone which means he does the cleaning, cooking and all the maintenance work himself. When we arrived, he warned us about the gate at the entrance that he had just finished painting.
He also inquired from us about the menu for our breakfast.

That morning, after preparing the breakfast he sat down with us to chat. He told us about his family and how he ended up living alone, and that his family is a disappointment to him. He had left his job as an accountant to run the B and B.

Suddenly he change the topic and asked,
" How come Muslim don't eat pork?"
The situation does not allow us to explain in detail, we were quite in a hurry. Furthermore, his facial expression showed that he is ever ready to refute anything that we are going to say.
My husband gave a short definite answer,
" It's God's law, we are following God's law".
He gave a stunned look, not expecting that kind of answer perhaps. Shrugging off he said,
" Oh..God has no place here in our life. Over here, we don't let God run our lives.."
For a moment I was speechless, I can't believe what I heard. Honestly, I don't recalled what he said word by word, but he DID say something to that effect. He did give a lengthy explanation that, here, in his life, his town, even his country, there's no place for God.
I have totally forgotten what we said after that, because he was so firm in his standpoint that nothing we said would be at the very least, acceptable or agreeable.

I remember making a mental note that I must write about this.

David, I am sorry that your family disappoint you,
I am sorry that your son did not turn out to be what you expect him to be
May be that's why you gave up on God
But David,
God is here, there, everywhere
God runs our lives
In fact, God runs everything on this planet
He owns your life, your town, your country
The whole universe is His
He knows you and me, inside out
He doesn't need us

But, WE need HIM

May Allah forgive us, for not telling you
That He loves you.

Monday, March 2, 2009

Kadang-kadang



Ditujukan kepada diriku sendiri dan beberapa orang insan yang sedang diuji. Berbeza bentuk ujiannya, namun ianya dari Pemilik kita yang sama.


Pernahkah kita terfikir
Pernahkah kita merenung
Kadang-kadang kita terlalu mengharap
Kadang-kadang kita merasa usaha kita telah cukup
Kadang-kadang kita merasa ia tak sepatutnya berlaku

Tetapi
Allah Maha Mengetahui
Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat
Dia akan tetap menguji
Sejauh mana kesabaranmu
Sejauh mana tawakkalmu
Sejauh mana kau memahami
Bahawa
Kita hanyalah Hamba
Kita tidak berkuasa
Dia lah Yang Maha Kuasa
Namun
Dia Maha Pengasih, Maha Penyayang
Setiap kali kau diuji
Dia sedang memanggilmu
Dia sedang berbicara denganmu

Atur kembali langkahmu
Kau sedang menjauhiNya
Kau sudah jauh dariNya
Kembalilah kepadaNya