
Setiap perkataan salah itu membawa gelombang hitam yang menyakitkan?
Aku seolah-olah dapat 'melihat' syaitan itu menjegilkan matanya kepadaku ketika kau menyebut ayat itu. Syaitan itu memberi amaran kepadaku untuk terus membiarkan kau berada di jalannya. Jangan berani menarikmu ke jalan yang selamat.
Dia telah pernah berjaya membawamu ke jalan yang gelap. Bertahun lamanya kau di sana. Kau rasa bahagia dan gembira ketika melalui jalan itu.
Tapi tahukah engkau..itulah kegembiraan yang sementara, kegembiraan yang menipu. Namun kau telah memulakan jalanmu yang baru, jalan yang dipenuhi cahaya dariNya. Dan kini kau sedang diuji, kau kini berpaling, mahu kembali ke belakang, ke jalan yang gelap itu.
Mengapa solatmu menjadikan dirimu murung?
Bukan dirimu yang murung..tapi syaitan itu yang murung.
Bukan dirimu yang kehilangan diri, tapi syaitan itu yang mula kehilanganmu.
Tapi ketika kau menyatakan itu padaku, aku tersentak, aku tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya. Aku terasa asakan syaitan itu, gelombang hitam itu begitu ganas.
Kau tidak tahu.. ianya menyakitkan. Menyakitkan diriku.
Kini aku harus kembali mengumpul kekuatanku. Tidak sekali-kali aku akan menyerah.
Aku ada Yang Maha Berkuasa bersamaku, Yang Maha Gagah, Yang Maha Agung, Yang Maha Kukuh, Yang Maha Memelihara, Dialah Raja Langit dan Bumi.
Dia lah Tuhanku, Tuhan yang sama yang pernah menghalau syaitan itu dari syurgaNya.
Dan dari saat itu bermulalah episod permusuhannya dengan kita semua. Syaitan itu bersumpah di hadapan Tuhan, di hadapan Yang Maha Adil, Yang Maha Menghitung, Yang Maha Kuat, bahawa dia akan menyesatkan kita semua. Sebuah sumpah besar yang menggerunkan kerana dia telah bersumpah untuk membawa manusia ke neraka.
Kau pernah baca kisahnya di dalam Qur'an bukan?
Kisah sedih itu, kisah bagaimana Nabi Adam dan Hawa terpedaya. Kau tahu bagaimana Adam menangis bertahun lamanya menyesali perbuatannya. Namun Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Adam dan Hawa manusia mulia yang sudah diampunkan.
Aku harus meneruskan tugasku. Namun aku harus sentiasa ingat, Allah telah memberikan keizinan kepada syaitan untuk melaksanakan sumpahnya. Dan syaitan akan berjaya menyesatkan kita kecuali...kecuali sesiapa yang ikhlas. Ikhlas mencari kebenaran, mencari kebahagiaan, bukan kebahagiaan sementara, namun kebahagiaan yang abadi.
Aku juga sentiasa berperang, adakalanya aku tewas. Lemahnya imanku. Solatku, entahkan

Hatiku, juga tidak selalu ikhlas..masih ada kesombongan..bisikan dari musuh itu.
Tapi aku tetap yakin dengan rahmatNya, aku mohon belas kasihan dariNya, meskipun aku sangat takut. Dunia ini meletihkan, menuntut kesabaranku sentiasa...adakalanya aku terlupa..
Astaghfirullah..