Monday, October 13, 2008

Soal Hati, Soal Jiwa




Baru-baru ini seluruh dunia dikejutkan dengan berita tentang susu yang dicampuri dengan melamine. Oleh kerana bayi dan kanak-kanak adalah adalah pengguna utama susu, merekalah yang paling terkesan dengan kejadian ini. Setakat hari ini masih ada beribu-ribu lagi anak-anak kecil yang masih didalam rawatan disebabkan meminum susu yang telah tercemar.

Akhbar melaporkan,
“Lebih 54,000 kanak-kanak di China telah mendapatkan rawatan perubatan untuk kerosakan buah pinggang termasuk batu karang yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan adakalanya kematian. Hampir 12,900 kini sedang di rawat di hospital di China.”

Insan yang suci dan tidak berdosa menjadi mangsa ketamakan dan kerakusan manusia mencari keuntungan sementara di dunia yang sementara ini.


Inilah soal hati.
Hanya hati yang tidak jujur saja yang tergamak melakukan sesuatu tanpa memikirkan kesannya kepada orang lain. Hati dan jiwa yang lupa dan lalai dari mengingati untuk apa kita dihantar ke dunia ini.

“ Demi jiwa dan penyempurnaannya,
Allah mengilhami kepada jiwa kefasikan dan ketaqwaan,
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikannya,
Dan sesungguhnya merugilah bagi yang mengotorinya.” Asy-Syams:7-10


Wahai anak-anak yang suci…
Maafkan kami kerana telah gagal menguruskan kehidupanmu dengan selamat. Kami tidak jujur, kami terlalu tamak, kami hanya mementingkan keuntungan…
Maafkan kami wahai anak-anak..
Kerana...
Sekiranya engkau ditakdirkan pulang menemui Ilahi di usiamu ketika ini
Pastilah kau akan pergi dengan aman...
dan disambut oleh bidadari-bidadari yang akan menghiburkanmu
dan tidak akan pernah menyakitimu..
Tetapi..
apabila kami pergi menemui Ilahi nanti
pada ketika belum diampunkan dosa-dosa kami ini,
apalah nasib kami nanti apabila kami dipanggil dihadapanNya dengan berlutut..
dan diserahkan kitab catatan amal kami...
Maafkan kami...

No comments: