Thursday, October 23, 2008

Erti Sebuah Kemaafan



“Bukan senang saya nak memaafkan dia… hati saya hancur kerana perbuatan dia, tak mungkin saya lupa…”

“Untuk melupakan memang sukar, tapi cubalah maafkan…”

“Senangnya awak bercakap, awak tak menghadapinya, awak tak tahu!”

“Ya… memang saya tak tahu bagaimana sebenarnya perasaan awak, tapi saya tahu bagaimana rasanya apabila kita memaafkan…ibu mengajar saya, maafkan lah orang lain kerana kemaafan itu bukan untuk orang lain..tapi untuk dirimu sendiri..”

“Maksud awak?”

“Dulu saya sangka memaafkan itu adalah satu kelemahan, saya bertegas tidak mahu memaafkan..tapi akhirnya saya sendiri yang terpenjara oleh rasa benci..”

“Kenapa pulak..?”

“Sebenarnya, memaafkan adalah satu jalan untuk mencari kedamaian hati sendiri…bila saya mampu memberi maaf dengan tulus, jiwa saya terasa begitu bebas dan hati begitu lapang!”

“Awak tak akan faham...…berat untuk saya memaafkan..terlalu berat”

“Ya…memang berat memikul kemarahan dan kebencian..sedangkan orang yang awak marah dan benci itu mungkin tidak menyedarinya..”

“Ya..betul..saya lihat dia biasa saja..seolah-olah tak ada apa-apa pun yang berlaku..dan itu membuat saya lebih marah!”

“Jadi, siapa yang terhukum sekarang?”

“Tapi..bagaimana kalau orang itu tidak sepatutnya dimaafkan?”

“Kesalahan apakah yang begitu besar hingga awak rasa dia tidak patut dimaafkan?”

“Emm….”

“Ya...cuba fikirkan...sebesar apakah kesalahan itu?”

“…………………..”

“Maafkan lah dia…demi kebahagiaan awak sendiri…bukan untuk dia, tapi untuk diri awak sendiri…penjara itu awak sendiri yang membinanya..keluarlah…alangkah luasnya nikmat kemaafan di luar sana”

No comments: