Kau jatuh lagi?
Pedih terasa lukamu?
Bukankah kau ingin belajar tentang sabar?
Bukankah kau ingin belajar tentang ikhlas?
Bukankah kau ingin mencari keyakinan?
DIA Maha Mengetahui lintasan hatimu
DIA Maha Melihat setiap langkahmu
DIA Maha Mendengar rintihan jiwamu
Namun,
DIA Maha Penyayang
DIA Maha Pengampun
DIA Maha Memelihara
DIA Maha Adil
Kau jatuh kerana tadi langkahmu tersalah,
Kau luka
Supaya,
Luka itu akan menjadi parut,
Yang akan senatiasa tampak oleh matamu,
Yang akan mengingatkanmu,
Bahawa bila kau salah langkah,
Kau pasti akan jatuh.
Kau merasa kepedihannya
Supaya,
Kepedihan itu untuk mengingatkan kau,
Bahawa bila kau salah langkah,
Kau akan merasa akibatnya,
Akibat yang pedih.
Supaya,
Kau tidak sesat di perjalanan,
Itulah tanda KasihNYA padamu
Kau tak dibiarkan
Kau tak ditinggalkan
DIA sentiasa melihatmu
DIA sentiasa memeliharamu
Kini,
Bila kau sedang dalam kepedihan,
DIA sedang berbicara denganMU
KataNYA,
"Berdoalah kepadaKU, nescaya akan KU perkenankan bagi mu"
No comments:
Post a Comment