Wednesday, May 20, 2009

Kisah Benar yang telah Diadaptasikan

Dua orang lelaki dewasa, seorang(A) masih bujang dan seorang lagi(B) sudah berumahtangga dan mempunyai beberapa orang anak sedang berbual setelah sekian lama tidak berjumpa. Mereka adalah rakan sekolah semasa di sekolah rendah. Umur mereka sebaya, rumah keluarga mereka di kampung sangat berdekatan, berhadapan di seberang jalan.

B: Awak tahu tak kenapa orang tak mahu dengar cakap kita?

A: Tak mau dengar...bagaimana tu?

B: Ye lah...anak-anak tak mahu dengar kata ibubapa, murid-murid tak mau dengar nasihat guru..isteri tak hirau nasihat suami..

A: Entah lah...budak-budak sekarang tak dengar kata ye?

B: Awak tahu kenapa?
.....Sebabnya ialah, kita tidak mendirikan solat tahajjud..sebab itulah apa yang kita perkatakan tidak masuk ke dalam hati orang yang kita sampaikan..

A: Ye ke?.. ( tergamam, tidak menyangka jawapan yang didengar)

B: Ye... bukankah tugas Rasulullah SAW itu menyampaikan..dan di awal kerasulannya solat tahajjud itu Allah wajibkan pada dia...

A: Memanglah... itukan amalan orang-orang soleh, para nabi..

B: Betul...amalan para nabi yang mesti kita contohi...untuk menyampaikan nasihat kepada sesaorang sebagaimana Rasulullah SAW menyampaikan dakwah kepada orang kafir, kita memerlukan kekuatan.

A: Apa pulak kaitan dengan solat tahajjud?

B: Bukankah tahajjud itu satu latihan kekuatan? Kalau tak kuat untuk bangun malam meninggalkan tempat tidur yang selesa, jangan beranganlah nak berjuang..

A: Itukah yang awak amalkan selama ini?

B: Sebagai seorang ayah, saya bertanggungjawab mendidik dan mambimbing anak-anak saya.. dan bila saya dapat menunaikan solat tahajjud, saya dapati nasihat dan kata-kata saya mudah diterima oleh anak-anak..bila saya lalai dari tahajjud, saya sukar menyampaikan nasihat kepada mereka.

A: Begitukah? Saya ni, isteri pun belum ada..bagaimana agaknya saya nak menghadapi alam rumah tangga nanti ye. Mudah-mudahan saya dapat isteri yang solehah dan taat pada suami.

B: Suami juga harus soleh dan taat pada Allah.

A: Wah..tepat sekali ayat awak tu..tepat ke atas batang hidung saya..haha..

B: Batang hidung saya juga.. kita senasib.. bila jadi suami, banyak perlu kita tanggung..

A: Jangan lah nak menakutkan saya pulak.

B: Minta maaf lah.. bukan nak menakutkan awak..tapi memang menakutkan..haha..



Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat tauladan yang baik bagi kita semua.

No comments: