Waktu solat sudah hampir ketika saya sedang memandu pulang ke rumah. Dalam kepala sedang berkira-kira, patut pulang ke rumah terus atau singgah di kedai membeli makanan. Masih sempat lagi.
Singgah di sebuah restoren yang masih agak baru di buka. Ini baru kali kedua saya singgah di sini.
Setelah mengambil tempat duduk, datang seorang wanita memberikan kad menu dan bersedia menulis.
"Nasi goreng ikan masin, bungkus ye.."
Cepat-cepat saya memberitahunya kerana ingin segera pulang.
" Lambat sikit ye kak...."
Dalam kepala sudah berkira untuk bangun dan meninggalkan tempat itu sambil melihat keliling. Tidak ramai pelanggan, kenapa pula lambat.
Wanita itu memandang kepada saya dan menyambung, "...tukang masak sedang solat...jadi lambat sikit..."
"Eh..solat apa? Dah masuk waktu ke?" saya bertanya sambil melihat keliling.
" Ye..sudah masuk waktu..tadi di TV sudah azan..."
" Ok..tak pe.."
Saya terus duduk untuk menunggu. Terfikir di dalam kepala sekiranya saya membatalkan tempahan tadi kerana tidak mahu menunggu, mungkin pekerja tadi akan berfikir....ahh..hari ini kami kehilangan seorang pelanggan kerana tukang masak sedang solat.
Mungkin jika diberitahu kepada tukang masak tersebut dia akan terkilan, atau pun dia tidak merasa apa-apa kerugian kerana kehilangan pelanggan yang tidak sanggup menunggu solatnya selesai.
Tidak berapa lama kemudian kelihatan beberapa orang pekerja lelaki mula sibuk memasak di dapur.
"Ohh..dah selesai solatnya.." Saya berkata dalam hati.
Mudah-mudahan Allah berkati rezeki tukang masak ini yang mana perniagaannya tidak melalaikannya dari solat.
Dan pastinya akan ku ceritakan kepada orang lain tentang restoren ini.
Makanlah di sini kerana masakannya dimasak oleh seorang yang menjaga solatnya.
No comments:
Post a Comment