"Jadi orang yang berjiwa besar itu, mesti bercita-cita besar?"
"Ya... "
"Saya hanya orang biasa, tiada pangkat yang tinggi...bagaimana saya hendak mencapai cita-cita yang besar?"
"Awak jangan silap faham..orang berpangkat besar, CEO umpamanya... kadang-kadang jiwanya kecil..."
"Bagaimana pulak?"
"Apabila dia tunduk kepada dunia, dan hatinya begitu sombong dengan jawatannya..itulah jiwa kecil...jiwa kecil mudah tertawan dan terikat dengan kilauan hidup berprestige...rumah besar, kenderaan mewah.."
"Maknanya saya tidak boleh mencari kemewahan?...siapa tak mahu hidup senang.."
"Bukan tidak boleh..tetapi jangan sampai hati kita terikat dengan kemewahan itu..."
"Jadi apa maksud awak dengan cita-cita besar itu?"
"Cita-cita besar itu dimiliki oleh orang yang berpandangan jauh, bukan setakat 20,30 tahun akan datang..tetapi jauh selepas kita meninggalkan dunia ini..dan selepas itu lagi..hari kebangkitan, hari pengadilan dan hari pembalasan"
"Saya mula faham sekarang...yang penting harus ikhlas dan sentiasa ingat siapa diri kita sebenarnya"
"Seorang tukang sapu yang berjiwa besar akan bekerja dengan ikhlas membersihkan kawasan kerana ingin mencari keredhaan Yang Maha Besar..dia tidak merasa cemburu dengan orang berpangkat tinggi yang memandu kereta mewah yang hanya memandangnya sebelah mata... itu tidak menggugat harga dirinya kerana dia tahu siapa sebenarnya Yang Maha Besar.."
"Ya... betul tu... seorang anak kecil berjiwa besar tidak takut membaling batu kepada seorang pemuda gagah yang berlindung di sebalik kereta kebalnya"
"Ya..anak kecil itu yang saya cemburui...berapa orang dari mereka yang telah gugur tubuhnya berdarah-darah..namun ruhnya telah terbang menemui Yang Maha Besar..."
2 comments:
Assalamualaikum mdm..
syukran ats ulasan yg ringkas ttp pnh makna tersirat, penawar hati..
erm, mmg ssh nak dpt jiwa yg besar ni, tp bila dh terdidik hati, perbezaan gaji ke, berkereta atau x ke..atau ape2 pn dah x jdk issue dh.. kan mdm?
jazakillahu khair..wslm
Waalaikum salam HumAIRA'
Selamat bekerja dengan dengan ikhlas di mana pun kita berada. Mudah2 an menjadi bekalan untuk 'pulang' nanti.
Post a Comment