"Jadi orang yang berjiwa besar itu, mesti bercita-cita besar?"
"Ya... "
"Saya hanya orang biasa, tiada pangkat yang tinggi...bagaimana saya hendak mencapai cita-cita yang besar?"
"Awak jangan silap faham..orang berpangkat besar, CEO umpamanya... kadang-kadang jiwanya kecil..."
"Bagaimana pulak?"
"Apabila dia tunduk kepada dunia, dan hatinya begitu sombong dengan jawatannya..itulah jiwa kecil...jiwa kecil mudah tertawan dan terikat dengan kilauan hidup berprestige...rumah besar, kenderaan mewah.."
"Maknanya saya tidak boleh mencari kemewahan?...siapa tak mahu hidup senang.."
"Bukan tidak boleh..tetapi jangan sampai hati kita terikat dengan kemewahan itu..."
"Jadi apa maksud awak dengan cita-cita besar itu?"
"Cita-cita besar itu dimiliki oleh orang yang berpandangan jauh, bukan setakat 20,30 tahun akan datang..tetapi jauh selepas kita meninggalkan dunia ini..dan selepas itu lagi..hari kebangkitan, hari pengadilan dan hari pembalasan"
"Saya mula faham sekarang...yang penting harus ikhlas dan sentiasa ingat siapa diri kita sebenarnya"
"Seorang tukang sapu yang berjiwa besar akan bekerja dengan ikhlas membersihkan kawasan kerana ingin mencari keredhaan Yang Maha Besar..dia tidak merasa cemburu dengan orang berpangkat tinggi yang memandu kereta mewah yang hanya memandangnya sebelah mata... itu tidak menggugat harga dirinya kerana dia tahu siapa sebenarnya Yang Maha Besar.."
"Ya... betul tu... seorang anak kecil berjiwa besar tidak takut membaling batu kepada seorang pemuda gagah yang berlindung di sebalik kereta kebalnya"
"Ya..anak kecil itu yang saya cemburui...berapa orang dari mereka yang telah gugur tubuhnya berdarah-darah..namun ruhnya telah terbang menemui Yang Maha Besar..."
Wednesday, February 25, 2009
Monday, February 23, 2009
Jiwa Besar
Allah menciptakan alam begitu besar, begitu luas, tak terjangkau oleh mata manusia melihatnya. Peralatan canggih yang digunakan oleh manusia untuk melihat ke alam raya hanya menunjukkan satu bukti, bahawa alam ini jauh lebih luas, terlalu luas dari apa yang mampu kita lihat.
Namun, dalam sebuah hadith qudsi, Allah berfirman,
" Langit dan bumiKu terlalu kecil untuk menampungKu, tetapi HATI seorang hambaKu yang beriman mampu menampungKu"
Subhaanallah...
Lihatlah keimanan para Nabi dan Rasul, keimanan para sahabat..
Bagi mereka kekayaan dan kesenangan dunia ini hanya di dalam tangan, namun di hati hanya ada Allah.
Jiwa menjadi besar kerana mencintai Allah Yang Maha Besar.
Jiwa besar dibentuk dengan meletakkan Allah di dalam hati.
Besarnya jiwa dinilai melalui kepada siapa jiwa itu tunduk.
Besarnya jiwa dinilai melaui rendahnya hati.
Besarnya jiwa bukan dinilai melalui nilaian material.
Ketika Rasulullah SAW diminta oleh bapa saudara kesayangannya Abu Talib untuk menghentikah dakwahnya, jawapan baginda jelas menunjukkan jiwanya yang hanya tunduk kepada Yang Maha Besar.
" Wahai bapa saudaraku, aku tidak akan berhenti meskipun mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku..."
Bulan, matahari, bukanlah tandingannya yang boleh memaksa baginda menghentikan misi yang jauh lebih besar dari keduanya.
Jiwa yang besar sentiasa melihat jauh kedepan, sentiasa penuh dengan kemaafan, sentiasa berlapang dada, sentiasa ikhlas dalam setiap tindakan.
Mengamalkan keikhlasan adalah cara mendidik jiwa besar.
Tanyakan lah dalam diri, "ikhlas kah apa yang ku lakukan, untuk siapa kulakukan ini semua"
Ikhlas bererti melakukan sesuatu hanya untuk Allah, demi mencari keredhaan Allah.
Sebagai latihan, mari cuba menjawab soalan di bawah dengan mengisi tempat kosong.
Saya...........................dengan ikhlas.
Tempat kosong di atas tentunya boleh di isi dengan perkataan seperti:
solat, bersedekah, menolong, memasak, membersihkan rumah, belajar...
Tetapi sudah tentu ianya begitu janggal apabila di isi dengan perkataan seperti:
berbohong, berzina, menipu, meninggalkan solat...
Oleh itu marilah kita mengikhlaskan niat dalam apa jua tindakan dan kegiatan harian. Besar atau kecil amalan itu tidak akan dikira melainkan ianya dilakukan ikhlas untukNya.
Inilah latihan untuk membentuk jiwa yang besar.
Jiwa yang besar berkeinginan memiliki kekayaan, kesenangan dan kebahagiaan.
Namun bukan di dunia yang kecil ini, bukan di dunia yang sementara ini...di sini tidak cukup besar...
Jiwa yang besar akan bercita-cita besar, iaitu kembali dengan tenang kepadaNya Yang Maha Besar.
ALLAHUAKBAR!
Thursday, February 19, 2009
Nasi Goreng Ikan Masin
Waktu solat sudah hampir ketika saya sedang memandu pulang ke rumah. Dalam kepala sedang berkira-kira, patut pulang ke rumah terus atau singgah di kedai membeli makanan. Masih sempat lagi.
Singgah di sebuah restoren yang masih agak baru di buka. Ini baru kali kedua saya singgah di sini.
Setelah mengambil tempat duduk, datang seorang wanita memberikan kad menu dan bersedia menulis.
"Nasi goreng ikan masin, bungkus ye.."
Cepat-cepat saya memberitahunya kerana ingin segera pulang.
" Lambat sikit ye kak...."
Dalam kepala sudah berkira untuk bangun dan meninggalkan tempat itu sambil melihat keliling. Tidak ramai pelanggan, kenapa pula lambat.
Wanita itu memandang kepada saya dan menyambung, "...tukang masak sedang solat...jadi lambat sikit..."
"Eh..solat apa? Dah masuk waktu ke?" saya bertanya sambil melihat keliling.
" Ye..sudah masuk waktu..tadi di TV sudah azan..."
" Ok..tak pe.."
Saya terus duduk untuk menunggu. Terfikir di dalam kepala sekiranya saya membatalkan tempahan tadi kerana tidak mahu menunggu, mungkin pekerja tadi akan berfikir....ahh..hari ini kami kehilangan seorang pelanggan kerana tukang masak sedang solat.
Mungkin jika diberitahu kepada tukang masak tersebut dia akan terkilan, atau pun dia tidak merasa apa-apa kerugian kerana kehilangan pelanggan yang tidak sanggup menunggu solatnya selesai.
Tidak berapa lama kemudian kelihatan beberapa orang pekerja lelaki mula sibuk memasak di dapur.
"Ohh..dah selesai solatnya.." Saya berkata dalam hati.
Mudah-mudahan Allah berkati rezeki tukang masak ini yang mana perniagaannya tidak melalaikannya dari solat.
Dan pastinya akan ku ceritakan kepada orang lain tentang restoren ini.
Makanlah di sini kerana masakannya dimasak oleh seorang yang menjaga solatnya.

Tuesday, February 17, 2009
Mawar oh mawar...
Banyak bunga mawar sedang berkembang di luar rumah. Baunya harum, rupanya cantik, warnanya merah jambu muda. Bunga mawar jenis ini bersaiz kecil tetapi mekar dalam satu jambak yang mengandungi beberapa kuntum.
Cantiknya...beberapa jambak bunga mawar kini sedang menghiasi taman kecil di bahagian belakang rumah.
Semasa kecil dulu penulis pernah mengimpikan untuk berada di sebuah taman yang luas dipenuhi bunga-bunga yang harum, terutamanya bunga mawar.
Ketika berusia 18 tahun, impian itu menjadi nyata apabila penulis melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bandar kecil yang kami duduki bergelar 'Bandar Mawar'. Setiap tahun diadakan festival bunga mawar. Pelbagai species, kecil, besar, pelbagai warna dan bentuk.
Setiap hari perjalanan menuju ke sekolah selama 20 minit berjalan kaki akan melalui sebuah taman yang di penuhi dengan bunga mawar. Keharumannya sudah boleh dinikmati dari jauh lagi. Sebuah pengalaman indah yang cukup membahagiakan dan tidak mungkin dapat dilupakan. Subhaanallah...
Kini pada usia dewasa penulis mengimpikan untuk tinggal di sebuah kediaman dikelilingi taman yang indah. Namun sebuah taman yang indah memerlukan pemeliharaan dan penjagaan yang rapi. Di dunia ini tidak ada taman yang boleh wujud tanpa penjagaan.
Taman indah yang boleh dinikmati tanpa penat lelah menguruskan penjagaannya hanya wujud di alam abadi.
Itulah nikmat yang sejati.
Ya Rahman...Ya Rahim...
Hamba yang hina dina ini memohon rahmatMu...
Sungguh hambaMu ini tidak layak...namun...
Izinkan impianku menjadi nyata sekali lagi...Amiin..

Subscribe to:
Posts (Atom)