Friday, January 23, 2009
Daun-daun kering itu...
Pagi ini kelihatan dua orang pekerja majlis bandaran sedang membersihkan laluan masuk ke sebuah pejabat kerajaan.
Mereka menyapu daun-daun kering dengan begitu tekun.
Betapa mulianya tugas mereka kerana atas jasa merekalah setiap orang yang masuk ke kawasan pejabat itu akan dapat menikmati laluan yang begitu bersih dikelilingi rimbunan pohon menghijau.
Daun-daun yang gugur itu meskipun hanya sedikit, tetapi tetap dibersihkan setiap hari.
Begitulah hati kita, setiap hari perlu dibersihkan meskipun kita merasa begitu 'suci', seolah-olah tiada dosa yang kita dilakukan. Namun, dosa-dosa kecil yang terkumpul akan menimbun, seperti daun-daun berguguran yang terbiar berhari-hari tidak dibersihkan. Dan apabila kita cuba membersihkannya, ianya menjadi sukar dan meletihkan.
Ya Quddus, Ya Salam...kurniakanlah kami dengan hati yang bersih sejahtera yang dengannya kami dapat melihat dengan jelas akan tipu daya dunia. Amiin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment