Bulan suci yang penuh barakah ini akan berakhir tidak lama lagi. Pada bulan ini, Dia Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang menurunkan rahmatNya, menutup pintu nerakaNya, membuka pintu syurgaNya.
Rahmat yang tidak terlihat oleh mata kasar manusia, namun bagi orang-orang soleh yang jernih hatinya, mereka pasti mampu melihat keindahan dan merasai kemanisan beramal di setiap detik yang berlalu.
Mereka yang hatinya sentiasa tulus dan jiwanya sentiasa merindukan Penciptanya pasti begitu bahagia ketika rukuk dan sujud di malam-malam hari, menitiskan airmata keinsafan, menadah tangan memohon keampunan dan mengharapkan agar taubat diterima, agar terselamat dari tipuan dunia.
Alangkah bertuahnya mereka itu.
Semakin hari, hatinya semakin tunduk, jiwanya semakin kental.
Dunia sekelilingnya semakin tidak bermakna kerana hatinya sudah terpaut kepada akhirat yang jauh lebih indah, lebih damai dan membahagiakan.
Siapakah mereka itu...di manakah mereka..?
Wajah mereka tentunya bercahaya.
Tuturkatanya pasti menyentuh jiwa.
Namun, sesuatu yang indah dan berharga seringkalinya tersembunyi.
Tidak terlihat oleh manusia, tidak mampu makhluk dunia mengenali mereka, hanya makhluk di langit yang tahu.
Merekalah yang akan meratapi pemergian ramadhan di ambang syawal nanti.
Airmata mereka bercucuran disetiap laungan takbir hari raya, bukan kerana merindukan keluarga dan sanak saudara yang jauh. Bahkan mereka menangisi pemergian ramadhan yang sangat dicintai, ramadhan yang semakin jauh pergi.
Mereka menyambut syawal dengan kebimbangan di hati, khuatir dengan cabaran dan dugaan yang mendatang.
Mereka ini mempunyai gelaran augerah dariNya.
Di hujung ramadhan mereka begitu rindu untuk pulang, ke kampung halaman yang telah disediakan olehNya.
Merekalah para Muttaqiin.
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman syurga dan mata air. Mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu ( di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam, dan pada akhir malam mereka memohon ampun....."
( Adz Zaariyaat: 15 - 18 )
Ya Allah
Ya Rahmaan
Ya Rahiim
Ya Quddus
Ya Salaam
Ya Ghaffar
Hanya keampunanMu yang kuharapkan
Hanya keredhaanMu yang kucari
Amiin Ya Arhamarraahimiin.

2 comments:
Assalaamualaykum mdm mawar
Subhan Allah wal Hamdulillah.that was beautiful.jazakillahu khayran khathera for the tadhkirah..
Wishing you a belated Eid Mubarak ^_^
rahimah
kl
Waalaikum salam dear Rahimah,
Eid Mubarak to you too. How nice..we actually share the same name.. :)
May Allah give us strength to continue on this journey, post-ramadan.
Post a Comment